Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sekiranya perkara itu berlaku, ia akan memberi kesan negatif kepada BN termasuk terbubarnya pakatan berkenaan.

“BN mencerminkan kesederhanaan. Semangat BN adalah inklusif, harmoni, bersatu padu dan kita tidak mahu mana-mana komponen parti berjalan atas landasan kaum dan agama yang ekstrem.

“Ini akan menjadi masalah kepada BN. Kalau ia berlaku BN kena bubarlah atau pun satu daripadanya kena keluar BN,”katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan MCA Pahang di Dewan Perhimpunan Cina Bentong di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri We Ka Siong dan Pengerusi MCA negeri, Datuk Hoh Khai Mun. - UTUSAN ONLINE