Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jalan yang dilalui M Manogaran setiap hari adalah hasil pembangunan oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan muslihat calon PH yang ketandusan idea.

"Jangan kita ditipu untuk kali kedua, gunakan pilihan raya kecil ini untuk menolak kerajaan yang terbukti gagal sejak mengambil alih pemerintahan negara lapan bulan lalu," katanya.

Oleh itu beliau meminta para pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor ketika mengundi 26 Januari ini supaya segala masalah dengan mudah disampaikan kepada kerajaan negeri.

Beliau juga meminta para pengundi menunjukkan bahawa mereka tidak ditipu oleh PH yang gagal menunaikan janji pada pilihan raya lalu.

"Pakatan Hancing, hancing sepanjang jalan, inilah peluang untuk menunjukkan protes kita," katanya di sini hari ini.

Kata beliau, ia bukan satu kempen, tetapi itulah hakikat yang berlaku pada masa ini. - Utusan Online