Demikian yang dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui pemberita setelah hampir dua jam mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan isu jawatan berkenaan di Istana Bukit Kayangan, di sini sejak pukul 11.45 pagi ini.

Jelasnya, pertemuan beliau dengan Sultan Selangor itu berlangsung dalam suasana yang positif selain memaklumkan baginda turut gembira dengan penjelasan yang diberikannya berhubung isu pentadbiran di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Kita tunggu (mengenai kedudukan jawatan Menteri Besar) pukul 9 pagi esok apabila pihak istana Selangor keluarkan kenyataan rasmi,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin dilapor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan tugas baharu di peringkat Persekutuan selepas dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Ketika ini, Ahli Parlimen Gombak dan Pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu menggalas tugas sebagai Menteri Besar Selangor. - UTUSAN ONLINE