Ahli Jawatankuasa Keselamatan, Undang-Undang, Integriti & Antarabangsa, Dewan Muda Johor, Mohd. Faiz Mohd. Silvano berkata, Osman perlu lebih prihatin terhadap implikasi tindakan beliau.

"Lawatan itu dibuat sehari selepas pertemuan pemimpin Pusat kedua-dua negara dan tindakan itu mampu merencatkan perkembangan positif antara kedua-kedua pihak.

"Malahan, kenyataan Osman bahawa dia telah mendapat kebenaran daripada kerajaan pusat juga bercanggah apabila Wisma Putra mengeluarkan kenyataan menafikan perkara tersebut," katanya.

Dia berkata demikian dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE