Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu memasuki pekarangan istana melalui pintu masuk belakang di kawasan berhampiran Tasik Merdeka di sini.

Ini diikuti beberapa Exco terdahulu seperti ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse; ADUN Paloh, Sheikh Umar Ali; ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad dan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung. 

Upacara angkat sumpah Exco yang baharu sedang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene ketika ini.

Tiga nama baharu bakal mengisi kekosongan jawatan Exco dengan portfolio masing-masing manakala dua nama yang digugurkan ialah ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan ADUN Skudai, Tan Hong Pin. - UTUSAN ONLINE