Sultan Johor bertitah, baginda berharap Dr. Sahruddin akan dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah, serta mengutamakan kepentingan negeri berbanding kepentingan diri atau politik.

“Ini demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi negeri Johor.

“Saya juga mahukan beliau memberi keutamaan kepada isu pencemaran sungai bagi memastikan sumber air mentah sentiasa bersih dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dr. Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-17 di Istana Bukit Serene di sini pagi ini menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan pada 8 April lalu. - UTUSAN ONLINE