Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tawaran tersebut dilihat tidak realistik dan di mana pakatan itu hendak mencari sumber untuk melaksanakannya termasuk beberapa lagi tawaran lain yang tidak masuk akal.

Dalam masa sama, Shahidan juga mencabar Pakatan Harapan untuk 
mengemukakan fakta secara jelas sumber yang diperoleh mereka untuk melaksanakan pelbagai tawaran dalam manisfesto tersebut.

“Sesiapa sahaja boleh berjanji tetapi mampukah Pakatan Harapan merealisasikannya. Setakat janji sesiapa pun boleh, dimana mereka hendak cari duit.

“Mereka ini hanya berjanji tanpa memberi fakta. Peringkat negeri pun gagal seperti Pulau Pinang dan Selangor pula dengan masalah air, bagaimana hendak perintah negara,” katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan bersama jentera Jalinan Rakyat (JR) Arau di Pusat Khidmat Masyarakat Kubang Gajah di sini hari ini.

Beliau mengulas manisfesto PRU-14 Pakatan Harapan diketuai DAP yang bersifat populis termasuk menabur janji memperkenalkan bayaran KWSP untuk suri rumah di negara ini.

Tambah Shahidan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, situasi tersebut berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa realistik dalam setiap janji yang ditawarkan kepada rakyat. - UTUSAN ONLINE