Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengumuman mengenai manifesto itu akan diadakan di Dewan Hajah Tuminah di Kampung Sungai Nipah Darat dekat sini.

“Manifesto khas ini merangkumi kepentingan semua kaum di Bagan Datuk iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli kerana PRU-13 kita ada lapan orang pengundi Orang Asli.

“Kita akan berlaku adil pada semua. Bukan janji kosong, yang tak janji pun kita buat inikan pula yang kita janjikan ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Sungai Buluh di Hutan Melintang dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE