Ng Lum Yong
NG LUM YONG

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, sebab itu, Menteri Besar Selangor itu dikhabarkan masih berada dalam dilema de­ngan kemungkinan terpaksa memilih kawasan lain untuk ditan­dingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hal ini kerana menurut beliau, Mohamed Azmin tahu kedua-dua kawasan tersebut merupakan kubu kuat Pas, malah kemenangannya dalam dua PRU terdahulu juga dibantu oleh sokongan berterusan ahli Pas.

“Mohamed Azmin tahu Pas mempunyai sokongan hebat di kedua-dua kawasan tersebut, malah kira-kira 80 peratus undi yang diperoleh beliau dalam PRU lalu juga adalah daripada penyokong Pas.

“Pertama kali tanpa sokongan Pas juga bakal membuatkan jentera PKR khususnya di Selangor berada dalam keadaan yang sa­ngat goyah ketika ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pe­luang Mohamed Azmin mempertahankan dua kerusi tersebut dalam PRU-14.

Pada PRU-13, Mohamed Azmin menang kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734, merosot berbanding PRU-12. Selain itu, dua daripada tiga DUN di Parlimen tersebut turut ditandingi Pas.

Pada pilihan raya umum lalu, DUN Bukit Antarabangsa dimena­ngi Mohamed Azmin selepas memperoleh 4,044 majoriti undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Nadzim Ibrahim yang mendapat 12,458 undi.

Tidak lama dahulu, timbul desas-desus mengatakan Mohamed Azmin mungkin bertanding di kawasan lebih selamat khusus­nya Parlimen Shah Alam, namun perkara ini dibantah oleh PAN.

Pengumuman calon PKR Selangor dijadual berlangsung malam ini.