Justeru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihati rakyat supaya tidak terlalu beremosi atau cepat terpengaruh dengan berita-berita tidak benar berkenaan komitmen dan kebolehan kerajaan dalam isu-isu tersebut. 

Katanya, dalam situasi politik yang tidak menentu kini, pelbagai bentuk berita termasuk berita negatif berkenaan struktur pertahanan negara boleh tersebar. 

“Melihat delegasi luar yang datang pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 kali ini, saya sangat bangga dan berbesar hati apabila suara Malaysia dalam isu keganasan adalah antara yang ditunggu-tunggu dan sangat didengari. 

“Tetapi akhirnya yang paling penting adalah keyakinan rakyat kita sendiri terhadap kebolehan negara dalam bidang pertahanan. Jangan kerana marah, emosi kita gadaikan kepercayaan pada negara,” katanya kepada pemberita selepas menutup majlis Rundingan Meja Bulat Panglima Angkatan Tentera (Chart) sempena DSA 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE