Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah tersebut akan diberi perhatian ke arah ‘perkayakan’ rakyat bagi membantu ‘perkayakan’ negara.

“Macam mana kita nak perkayakan negara, kita wujudkan peluang pekerjaan.

“Apabila rakyat kaya, kerajaan juga akan kaya kalau rakyat miskin, kerajaan juga miskin.Inilah kepentingan kerajaan untuk menjadikan rakyat kaya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Malaysia Baharu di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, kerajaan akan membantu rakyat yang ingin memulakan perniagaan bagi menambah pendapatan dengan menawarkan modal.

“Kalau kita dapati mereka sukar mendapat modal kita tawarkan modal kita akan tentukan mereka betul-betul nak meniaga kita akan bagi pinjaman modal tetapi kita kena pastikan mereka urus wang dengan baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE