Menurutnya, ini berdasarkan sambutan dan kehadiran lebih 1,000 orang dalam program perjumpaan bersama warga Sungai Koyan dekat sini hari ini.

“Yang datang banyak, ramai lebih daripada 1,000 nampak ada harapanlah tapi hari ini kita tak boleh tahu.

“Kita harap kita dapat sokongan daripada orang Sungai Koyan dan Cameron Highlands, InsyaAllah kami akan buat yang baik bagi semua rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Solat Jumaat di Masjid Al Muhajirin, Sungai Koyan dekat sini hari ini.

Ditanya mengenai calon PH, M. Manogaran yang dikatakan tidak sesuai di kawasan majoriti Melayu dan Orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negéri (DUN) Jelai, Mahathir berkata, di tempat lain, kaum India menyokong calon dari kaum Melayu.

“Di sini orang Melayu sokong calon dari kaum India, kalau kita tak sokong dia, di tempat lain kaum India tak sokong kita, maka kita kalah.

“Ini adalah tepat (pemilihan calon), InsyaAllah, bukan dia seorang sahaja, kita semua dibelakang dia,” katanya. - UTUSAN ONLINE