Jelas Perdana Menteri, beliau telah memberitahu Anwar berkenaan hal itu namun akan memberikan sokongan kepada Presiden PKR itu bagi menghadapi PRK tersebut.

"Saya beritahu Anwar bahawa kebiasaannya saya tidak turun berkempen dalam PRK namun akan menyokong pencalonannya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Peribumi Malaysia (Bersatu) di Ibu pejabat parti itu di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Sementara itu, jelas Dr. Mahathir, Anwar mempunyai hak untuk bertanding dalam PRK bagi membolehkannya kembali ke Parlimen.

"Anwar ada maklumkan kepada saya semasa beliau berada di Hong Kong bahawa akan ada PRK. Ini haknya dan saya tidak masuk campur dalam hal itu.

" Namun saya memberi perhatian tentang reaksi orang ramai dan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) tentang PRK ini,"katanya. - UTUSAN ONLINE