Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan tidak masuk akal yang dilakukan Mahathir itu hanyalah permainan politik beliau untuk menghalalkan cara dan matlamatnya demi membentuk pasukan ‘defensif’ bagi berdepan RCI.

“Kami cabar Mahathir hadapi RCI dengan telus tanpa perlu menekan butang panik hingga sanggup melakukan pusingan U dalam keadaan paling tidak bermaruah.

“Suatu ketika dulu, Mahathir sanggup memasukkan Anwar ke dalam penjara dan percaya bekas timbalannya itu melakukan perkara tidak bermoral. Kini Mahathir membuktikan bahawa beliau adalah tokoh pusingan U terbilang dalam negara ini,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, tindakan dilakukan Mahathir itu adalah hakikat pedih yang perlu ditelan oleh seluruh rakyat Malaysia apabila melihat negarawan yang disanjung dan dipertahan selama ini, sanggup menampilkan sifat yang terlalu peribadi, penuh dendam dan hilang arah. - UTUSAN ONLINE