Fuziah Salleh
Fuziah Salleh 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang lantang mengkritik Lynas sejak projek berkenaan diperkenalkan pada 2008 berkata, beliau membuat keputusan tersebut Selasa lalu dan sudah memaklumkannya kepada Kabinet.

"Secara peribadi saya tidak mahu Lynas menggunakan saya sebagai isu untuk mereka mengalih tumpuan daripada isu sebenar. Jika saya menjadi pengerusi jawatankuasa ini, Lynas bantai saya. Jadi, ia tidak meceritakan masalah sebenar.

"Akhirnya saya membuat keputusan keluar daripada jawatankuasa tersebut. Saya tidak mahu memberi Lynas alasan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Karnival Usahawan Asnaf yang disempurnakan oleh Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin mengumumkan Fuziah dan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack akan mengetuai jawatankuasa itu yang meneliti operasi pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, di sini. - UTUSAN ONLINE