Ong Ah Teong (DAP-Batu Lanchang) berkata, antara masalah itu adalah banjir, kelebihan kapasiti, kesesakan termasuk kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan, kebersihan tandas, isu bumbung dan sebagainya.

Katanya, pelan itu penting sebagai alternatif kepada pelan pembinaan dan naik taraf lapangan terbang baharu dan sedia ada oleh Kerajaan Pusat dan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

"Saya percaya kebanyakan masalah yang dihadapi ketika ini juga berpunca daripada reka bentuk lapangan terbang ini.

"Jadi, saya berharap kerajaan negeri dapat bekerjasama dengan MAHB untuk mencari kontraktor dan arkitek yang berkualiti dan berkaliber untuk tujuan itu," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.-UTUSAN ONLINE