Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, golongan seperti ini dianggap tidak mempunyai perjuangan, tiada kekuatan selain tidak mempunyai maruah.

Beliau malah memberitahu, lompat parti hanya terkenal di negara ini sebaliknya hal itu jarang berlaku di luar negara.

“Pemimpin seperti ini yang tidak ada pegangan dan kekuatan mereka. Mereka hilang maruah. Dalam perjuangan ini, banyak barang boleh kita jual, banyak barang boleh kita gadai. Orang tua saya kata, jangan sesekali kita gadai maruah kita.

“Sebetulnya, mereka ini seperti melukut di tepi gantang. Ada pun tidak nampak, tidak ada lagi baik. Jadi, pada saya, biarlah rakyat yang menentukan untung nasib mereka,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE