Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, laluan yang dirancang itu dicadang antara Sungai Rengit di Pengerang dan Pulau Ubin di Singapura.

“Semalam saya ada berbincang dengan syarikat yang berminat dan kini dalam rundingan, kemungkinan ada 3rd link di kawasan Johor Timur bagi mendekatkan (Johor) dan Pulau Ubin.

“Ia untuk dibangunkan seperti Linkedua,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan laluan persimpangan jalan raya di Gerbang Nusajaya anjuran UEM Sunrise di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib.

Osman berkata, kerajaan negeri akan menghantar kertas cadangan kepada kerajaan Pusat berhubung perkara itu. - UTUSAN ONLINE