Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, wanita mempunyai strategi dan peratusan sendiri bagi memastikan misi tersebut terlaksana.

"Buat masa ini, kita mempunyai dua calon sahaja sebagai wakil wanita. Bagaimanapun, apa yang lebih mustahak adalah menentukan wakil wanita mesti ada pada pilihan raya akan datang," katanya dalam sidang akhbar dalam Kembara Ibu Terbaik Bangsa PRU-14 (KITA-14) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Nur Hayati Onn; Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd.Yusof dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.-UTUSAN ONLINE