Program bermula sejak pukul 7 petang tadi itu dimulakan dengan bacaan zikir dan selawat sebelum diteruskan solat maghrib dan bacaan surah Yasin sebelum dihabiskan dengan solat isyak.

Difahamkan sudah menjadi satu kelaziman buat Presiden PKR itu untuk mengadakan majlis keagamaan pada setiap Ahad.

Ia sekali gus dilihat menepis dakwaan liar kononnya ia bagi menyaingi majlis doa kesyukuran membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor yang turut diadakan malam ini.-UTUSAN ONLINE