Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad, daripada jumlah tersebut, seramai 531 pegawai dan anggota ditugaskan pada hari penamaan calon pada hari ini manakala 765 orang pula bertugas sepanjang tempoh berkempen dan 1,032 orang lagi pada hari pengundian.

“Semua pihak termasuk calon yang bertanding dan penyokong parti dinasihatkan agar mematuhi undang-undang bagi memastikan pilihan raya kecil ini dapat berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Bagi calon-calon yang bertanding dan ingin mengadakan ceremah, mereka diminta agar memohon permit ceramah daripada Ketua Polis Daerah yang bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zakaria, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan panas yang akan diberi tumpuan sepanjang PRK berlangsung namun menegaskan kawasan-kawasan itu tidak berada pada tahap membimbangkan.

Katanya, pihaknya memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan di daerah ini juga adalah terjamin dan terkawal malah orang ramai terutama pengundi tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

“Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, kita merekodkan sebanyak 13 kes di sini namun tiada kes yang serius dilaporkan kecuali kes seperti bencana kepada poster dan pertindihan dalam pemasangan gegantung oleh parti yang bertanding.

“Walau bagaimanapun kesemua 13 kes yang berlaku pada masa itu telah pun diselesaikan dan kita berharap semua pihak agar lebih harmoni supaya tidak berlaku lagi kejadian atau kes seperti pada pilihan raya umum lalu,” katanya. - UTUSAN ONLINE