Mohamed Khaled Nordin
MOHAMED KHALED NORDIN

Laporan tersebut, menurut Mohamed Khaled mengaitkan beliau bersama-sama Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan melobi pindaan perlembagaan UMNO bertujuan mahu menyingkirkan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya, laporan itu mendakwa usaha tersebut dilakukan melalui cadangan pindaan Fasal 9.9 kepada Perlembagaan UMNO.

“Saya ingin menegaskan bahawa laporan sedemikian adalah tidak benar dan fitnah sama sekali kerana, tidak ada cadangan pindaan Fasal 9.9 seperti yang didakwa dan saya tidak pasti dari mana Malaysiakini mendapat maklumat itu sekali gus saya tuntut mereka membuat kenyataan serta penjelasan.

“Malaysiakini sepatutnya menghubungi saya terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian, ia adalah perkara paling mudah untuk dilakukan. Malangnya, berita dan laporan tersebut dikeluarkan tanpa mendapat makluman dan ulasan daripada saya yang dipetik dalam laporan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru, katanya, berdasarkan keadaan itu, Mohamed Khaled percaya laporan Malaysiakini bukan sahaja tidak benar, berunsur fitnah dan mengelirukan tetapi sangat tidak bertanggungjawab, malah berniat jahat.

Beliau berkata, tidak mustahil, Malaysiakini seolah-olah cuba menjadi media yang tidak neutral dan dipandu pihak tertentu untuk kepentingan tersendiri.

“Jadi, saya tuntut supaya laporan tersebut diturunkan serta merta. Ini adalah satu amalan yang sangat tidak beretika dan Malaysiakini tidak seharusnya menjadi dalang dalam menyemai kekeliruan dalam masyarakat,” katanya. - UTUSAN ONLINE