Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, SPRM juga tidak akan berpihak kepada sesiapa dalam menyiasat sebarang laporan.

“Siasatan bagi kes ini akan dikendalikan di bawah timbalan saya serta pasukan siasatan beliau.

“Saya tidak akan terlibat dalam apa-apa cara, sama ada siasatan atau membuat keputusan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sekretariat Suara Rakyat semalam membuat laporan SPRM berhubung dokumen pemindahan dana berjumlah AS$741,440 yang dipercayai ke akaun penama seorang Menteri Kabinet.

Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau memperoleh dokumen itu daripada seorang individu pada malam tadi berhubung pemindahan dana oleh satu syarikat ke dalam akaun di luar negara yang bertarikh 19 Disember 2017.

Katanya, tidak ada sebab munasabah untuk syarikat berkenaan bagi memindahkan wang sebanyak itu ke akaun individu tersebut yang sebelum ini merupakan seorang pemimpin di kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE