Ketua Penyelaras Pemuda PPBM negeri, Raja Mohd. Azlan Mohd. Omar berkata, pihaknya keliru kerana sehingga kini ROS belum mengambil sebarang tindakan terhadap parti itu walaupun lebih 400 laporan dibuat oleh akar umbi mengenainya.

“Kami sudah menghantar laporan kepada ROS mengenai salah laku parti berkaitan penggunaan nama Armada (sayap pemuda PPBM) dan AGM namun tiada jawapan sehingga kini.

“Kami bersetuju menyertai perhimpunan di Ibu Pejabat ROS di Putrajaya pada 22 Februari ini untuk mendesak bagi mendapat jawapan konkrit daripada pihak berkuasa itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE