Perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung mensia-siakan usaha generasi terdahulu yang banyak berkorban bagi mengangkat martabat bangsa Melayu.

Lebih memburukkan keadaan, segala pencapaian untuk membela ekonomi bangsa Melayu langsung tidak dipedulikan, malah mereka umpama rela melihat bangsa Melayu mundur ke belakang dan berpecah-belah.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia, A. Rahman Mahadi berkata, kutukan-kutukan yang sering dilemparkan para pemimpin gabungan PKR apabila berucap di hadapan khalayak ramai itu seolah-olah tidak mahu melihat ekonomi orang Melayu meningkat.

“Atas sebab politik, habis semua benda pemimpin gabungan PKR hentam termasuk institusi bumiputera, sedangkan ketika mereka dalam kerajaan dahulu inisiatif ini dipuji kerana membantu orang Melayu.

“Akhirnya, dalam persengketaan politik ini, orang Melayu yang rugi manakala pemimpin DAP akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengambil kesempatan memanipulasikan perpecahan sedia ada,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ceramah di Langkawi, Kedah, mengutuk Felda, Tabung Haji serta Mara secara keterlaluan dalam kempennya untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). - UTUSAN ONLINE