Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching bahawa beliau tidak mempunyai butiran mengenai isu kuota matrikulasi menunjukkan bahawa DAP hanya memegang jawatan tetapi bukan kuasa sebenar.

“Dari segi pembuatan dasar, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat. Mengapa Nie Ching tidak jadi berani seperti semasa beliau mengkritik kerajaan terdahulu? Bukannya menjadi tenang dan setuju dengan apa saja dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan semasa seperti sekarang.

“DAP menerima 95 peratus sokongan orang Cina tetapi pada masa ini, kerana minat peribadi, mereka sanggup mengkhianati masyarakat Cina. Ini tidak boleh diterima,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE