Malah menurutnya, sesiapa sahaja boleh berbuat demikian dalam meraikan proses tersebut di negara ini.

“Sebab apa pula tidak boleh pula. Itu telah menunjukkan kita demokrasi. Zaman Barisan Nasional (BN) dulu, kalau ada kritikan, saya fikir orang itu sudah kena pecat.

“Masalah sekarang orang tidak faham apa itu demokrasi dan itulah yang boleh serta diamalkan oleh demokrasi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi ‘Meet The Press’ di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE