Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, usul yang dicadangkan oleh wakil Pemuda UMNO Bahagian Sabah itu dipersetujui Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Usul itu turut disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Naib Presiden UMNO dalam masa sama menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.

"Beliau juga meminta saya untuk meneliti perkara-perkara berkaitan seperti perumahan, pengangkutan, makanan dan utiliti lain sebagai faktor penyumbang kepada sara hidup," katanya dalam penggulungan perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada hari terakhir hari ini.

Terdahulu Jamawi yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO dalam perbahasannya semalam menyentuh hal berkaitan sara hidup dan mencadangkan supaya majlis tersebut ditubuhkan sekaligus menanngani isu sabotaj dalam ekonomi negara. - UTUSAN ONLINE