Kementerian Industri Utama dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam sebarang soal perilaku yang menjejaskan reputasi serta imej kementeriannya.

Justeru, jelas kenyataan itu, dengan penamatan kontrak perkhidmatan itu, kementerian tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Haziq Abdullah.

“Satu pengakuan yang tidak beretika dalam media sosial telah dibuat menerusi klip video oleh Haziq Abdullah pada 12 Jun lalu.

“Kementerian memandang perkara itu sebagai pelanggaran nilai, etika dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.

“Surat tunjuk sebab telah diberikan dengan serta-merta dan Haziq Abdullah telah menjawab. Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil langkah menamatkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 18 Jun lalu,” jelas kenyataan itu, hari ini. - UTUSAN ONLINE.