serta komponennya iaitu projek Lebuh Raya Pan Island Link 1 (PIL 1) terlebih dahulu sebelum mengkritik projek berkenaan.

Kon Yeow berkata, setakat ini belum ada mana-mana syarikat pemaju dilantik untuk melaksanakan projek berkenaan.

“Belum lantik siapa lagi (pemaju), mana ada hubungan dengan sesiapa.

“Cari fakta betul baru saya jawab. Terima kasih dia (Najib) beri perhatian kepada saya, tidak pernah saya selama 32 tahun dalam politik diberi perhatian sebegini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis anugerah pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini hari ini.

Kelmarin, Najib menerusi Facebook mempersoalkan siapa yang memperoleh manfaat utama menerusi projek PIL 1 yang didakwa sebagai projek untuk kroni dan bukannya projek untuk rakyat negeri ini.

Menerusi status di Facebook itu Najib berkata, syarikat terowong milik 100 peratus swasta itu diberi tanah oleh kerajaan DAP untuk membina projek kondo mewah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM15 bilion.

Salah satu komponen PIP iaitu PIL 1 akan mula dilaksanakan pada tahun depan selepas projek itu mendapat kelulusan daripada Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai wawancara telefon dengan stesen radio BFM yang didakwa tegang sehingga beliau memutuskan talian Kon Yeow berkata, beliau telah menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengacara itu dengan sebaik mungkin. - UTUSAN ONLINE