pemilihan parti itu, pada 30 Jun ini.

Difahamkan Syed Atif bakal berhadapan dengan Ameer Shafiq iaitu anak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dikatakan telah mengemukakan pencalonan.

Untuk rekod, Syed Atif memegang jawatan tersebut sejak tahun 2013 manakala Ameer yang berusia 30 tahun pula baharu pertama kali bertanding jawatan di dalam parti.

Syed Atif berkata, beliau akan meneruskan peranannya terutama dalam mendekati anak muda di bahagian ini.

“Saya merasakan ada peranan yang mampu disumbangkan dan ada pengalaman yang boleh saya kongsikan kepada parti khususnya di peringkat Bahagian Arau.

“Di Peringkat bahagian, ketika pola pengundian di seluruh negara secara umumnya menunjukkan peralihan sokongan pengundi muda kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya baru-baru ini, Parlimen Arau pula mencatatkan pertambahan mendadak sokongan dari saluran pengundi muda.

“Jadi saya akan berusaha meneruskan kecemerlangan tersebut apabila diberikan kepercayaan dalam pemilhan nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE