Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Arau, Dr. Ammar Hassan berkata, untuk tujuan itu, apa jua perbezaan, perselisihan pendapat sesama sendiri dan usaha pihak-pihak tertentu untuk merebut jawatan perlu segera diketepikan.

Katanya, Pakatan Harapan perlu bermuafakat demi kemajuan Perlis dan perkara itu sememangnya menjadi harapan ahli dan rakyat di negeri ini.

“Sudah tiba masanya kita pandang ke hadapan demi kepentingan rakyat di negeri ini. Agenda kita lebih penting untuk memajukan Perlis dan mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang daripada bertelagah sesama sendiri merebut jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Tambahnya, bagi mencapai matlamat itu, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Bersatu Bahagian Arau, Ameir Hassan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Beliau berkata, pihaknya percaya dibawah kepemimpinan Ameir iaitu seorang pemimpin yang berpengalaman, Pakatan Harapan akan terus mantap seterusnya memberi tumpuan kepada usaha menawan Perlis pada PRU-15.- UTUSAN ONLINE