Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, ini kerana memerangi berita palsu tidak mengira kedudukan selain melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia.

Malah, katanya, berita palsu juga tidak boleh menjadi budaya rakyat dan ia harus diperangi habis-habisan.

“Saya mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan mereka (artis) untuk membantu usaha kita untuk memerangi berita palsu ini.

“Tujuan kita memeranginya adalah kerana berita palsu boleh melibatkan semua rakyat Malaysia,tidak kira apa kedudukan. Pentingnya bagi kita untuk menentukan agar berita palsu bukan menjadi budaya kita di Malaysia ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Kempen Tanggungjawab Sosial Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Berita Palsu di KLPac di sini hari ini.

Kempen tersebut dihadiri lebih 20 artis tempatan.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor dan Datuk Hans Isaac menjadi peneraju kempen berkenaan.-UTUSAN ONLINE