Petisyen bagi memohon pengisytiharan kemenangan tanpa bertanding calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kerusi DUN itu tidak sah telah dikemukakan pada 23 Mei lalu.

Streram ketika memaklumkan perkara itu berkata, beliau yakin petisyen akan memihak kepadanya dan Pilihan Raya Kecil (PKR) bagi DUN tersebut dijangka diadakan penghujung tahun ini.

"Apa pun kita tunggu sahaja keputusannya dan saya yakin keputusan berpihak kepada kita," katanya dalam sidang akhbar selepas memperkenalkan calon yang bertanding di Cabang Rembau bagi pemilihan PKR di sini hari ini.

Pada PRU-14, Mohamad disahkan menang tanpa bertanding berikutan Streram gagal menghantar borang penamaan calon kerana tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan kerana tidak mempunyai pas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dalam perkembangan lain, Streram akan bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau dan Majlis Pimpinan Pusat pada pemilihan PKR kali ini.

Beliau membentuk pasukan bertanding di Cabang Rembau terdiri daripada Mohd. Zakir Hassan yang bertanding jawatan Ketua PKR cabang; Datuk Hanif Hasan (Naib Ketua); Mohd. Affendi Mat Aris (Ketua Angkatan Muda Keadilan) dan Nortaksiah Zainal (Ketua Wanita). - UTUSAN ONLINE