ANWAR IBRAHIM

Tanpa menamakan kawasan tersebut, Anwar menjelaskan ke­putusan akan dibuat dalam masa terdekat.

“Tiga kawasan ini masing-ma­sing di negeri utara, tengah dan selatan telah menawarkan kerusi mereka kepada saya dan kawasan ini adalah kawasan yang kita kena kerja kuat.

“Saya sedang menimbangkan perkara ini dan akan diumumkan dalam masa sehari dua lagi,” katanya kepada pemberita dalam majlis Amanat Reformasi bersempena ulang tahun ke-20 bersama pimpinan dan anggota PKR Ne­geri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Ne­geri Sembilan, Aminuddin Harun yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan.

Anwar berkata beliau mahu bertanding kerusi Parlimen bagi membolehkan beliau kembali semula ke Parlimen dan menjaga Parlimen serta anggota parti di samping untuk membantu Pre­siden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

“Wan Azizah dahulu jadi Pre­siden masa tubuh parti tahun 1999, waktu itu nak dapat dewan pun susah dan nak dapat duit pun susah.

“Tetapi sekarang sudah senang sikit sebab dalam Parlimen dah jadi suara terbesar, jangan ada yang rasa sombong, ada yang rasa dia boleh guna kuasa sewenang-wenangnya dan semua ini kita harus awasi supaya kita tidak ulang lagi,” katanya.

Semalam, dalam siri jelajah Amanat Reformasi di Sarawak, Anwar mengetepikan kemungkinan akan bertanding kerusi Parlimen Pandan yang kini disandang isterinya atau kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang pernah beliau duduki dan kini diwakili anak beliau, Nurul Izzah. – BERNAMA