Kedua-dua parti tersebut hari ini mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kerjasama UMNO dan PAS di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini.

Kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas
Kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas 

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, mesyuarat tersebut bagi memperhalusi dan memuktamadkan Piagam Muafakat Nasional.

Piagam berkenaan merupakan satu dokumen yang terperinci menggariskan semua prinsip-prinsip asas kerjasama, rasional, struktur dan modus operandi kerjasama.

Dokumen itu juga akan memperincikan jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan yang akan melaksana dan merealisasikan kerjasama di peringkat pusat, negeri hinggalah ke peringkat bahagian dan kawasan.

"Doakan agar kerjasama dan permuafakatan yang diikat atas asas Islam dan kepentingan rakyat berbilang agama dan kaum ini akan terus dirahmati, diberkati dan berkekalan selamanya," tulis Asyraf Wajdi dalam satu hantaran di Facebook.

Antara pemimpin tertinggi UMNO dan Pas yang hadir adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Presdien Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man;  Ketua Dewan Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob.-UTUSAN ONLINE