Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau yakin kerjasama dua parti terbesar Melayu itu akan memastikan kemenangan pada pilihan raya umum berkenaan.

“Kita menyambut positif kerjasama itu dan memang kita saling memerlukan antara satu sama lain. Malah kerjasama UMNO dan Pas memang sudah terjalin dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini,”

katanya pada Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Datuk Abdullah Kia di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin; Ketua Pemuda UMNO Temerloh, Azril Rizal Yusoh Mohd Sarit; Ketua Wanita bahagian, Datuk Juhanis Abd. Aziz dan Ketua Puteri UMNO bahagian itu, Nurul Aslina Saman.

Hari ini Mingguan Malaysia melaporkan,

Mengambil alih kuasa pentadbiran pada pilihan raya umum akan datang merupakan antara perundingan yang dibincangkan antara Pas dan UMNO dalam kerjasama yang dimeterai dua parti itu

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan menerusi pembentukan Piagam UMNO-Pas berkenaan turut dibuat dari sudut kawasan bertanding dan calon. - UTUSAN ONLINE