Tuan Ibrahim Tuan Man

“Kita perlu mendapatkan mandat (daripada perwakilan dan ahli Pas) dalam muktamar (ini) untuk meneruskan muafakat ini.

“Kita akan adakan usul dalam muktamar kali ini mengenai kerjasama tersebut,” kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bercakap kepada Utusan Malaysia dalam satu wawancara khas yang disiarkan hari ini, Tuan Ibrahim menegaskan, tanggapan bahawa tindakan Pas bekerjasama dengan UMNO umpama bekerjasama dengan `perompak dan lanun’ hanyalah tuduhan politik untuk menggagalkan kerjasama dua parti Melayu terbesar itu.

“Kalau betul dakwaan itu tangkaplah sebab mereka (Pakatan Harapan) kerajaan sekarang.

“Apabila tiada tindakan diambil, ini hanya tuduhan politik sebab itu bila kita adakan kerjasama, kita (Pas) telah sebut tidak akan sokong agenda batil dan kita tidak akan berkompromi kalau ada yang terlibat, mereka tidak akan dipertahankan,” kata beliau.

Wawancara penuh dengan Tuan Ibrahim boleh diikuti dalam Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE