Pengarah PRK DUN Balakong Pakatan Harapan (PH) , Ean Yong Hian Wah berkata, MCA seperti sudah hilang pendirian, integriti dan ideologi politik mereka yang sebelum ini pernah mengkritik ‘keras’ Pas yang ingin melaksanakan hukum hudud serta menuduh Pas cuba menubuhkan negara teokratik di Malaysia. 

“MCA barangkali sudah lupa ‘perjuangan’ mereka sebelum ini, penyakit mudah lupa yang menjangkiti pemimpin MCA dilihat kian serius,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan PH bagi PRK DUN Balakong dekat sini, hari ini. 

Yang turut hadir, calon PH, Wong Siew Ki.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan buat pertama kalinya bersama-sama MCA berkempen dan menyatakan sokongan kepada calon MCA PRK DUN Balakong, Tan Chee Teong. - UTUSAN ONLINE