Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan, permintaan khusus daripada Tunku Ismail tersebut mustahil ditunaikan kerana berisiko mencetuskan hubungan diplomatik Malaysia-Filipina.

"Pembatalan saat akhir itu berisiko mencetuskan krisis diplomatik antara Malaysia dengan Filipina kerana melibatkan pelaburan puluhan juta dolar.

"Permintaan tersebut menyebabkan berasa tidak selesa dan ia tidak dapat ditunaikan kerana saya perlu berpegang dengan prinsip," katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini dalam sidang akhbar sempena setahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Tambah Ahli Parlimen Muar itu, walaupun tidak dapat menunaikan permintaan namun beliau tetap menghormati Tunku Ismail sebagai pewaris takhta kesultanan Johor.

"Walau bagaimanapun saya perlu meletakkan kepentingan rakyat melebihi segalanya.

"Malah pada hari pengumuman pencalonan saya di Muar, Tunku Ismail turut mengeluarkan surat terbuka meminta rakyat supaya terus bersama Barisan Nasional (BN) dan tidak menukar kapal," jelasnya. - UTUSAN ONLINE