Ketua Biro Pendidikan Pemuda PSM, N. G. Gandipan berkata, hal berkenaan membuatkan ramai pelajar terpaksa memilih  melanjutkan pengajian ke universiti swasta yang kebanyakannya menawarkan kursus dengan harga mahal. 

Katanya, pelajar kemudiannya terpaksa berhutang untuk membayar semula kos pengajian walaupun belum lagi mendapat pekerjaan. 

"Kalau kita lihat pelajar yang tamat pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semakin bertambah setiap tahun, namun adakah universiti awam dapat meningkatkan kapasiti pelajar? 

"Malah, ada beberapa institusi pendidikan tinggi yang dimiliki kerajaan menerusi syarikat milik kerajaan (GLC) pula dilihat masih berfungsi dan bermotif keuntungan dengan menawarkan kursus sehingga ribuan ringgit," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabat PSM Semenyih, di sini hari ini. Yang turut hadir, calon PSM bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Nik Aziz Afiq Abdul. - UTUSAN ONLINE