SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga menasihatkan kerajaan negeri supaya tidak memilih pelabur yang berhasrat datang ke negeri ini untuk membuat pelaburan.

“Tidak kira pelabur dari negara mana, semuanya mesti kita layan dengan sebaik-baiknya.

“Untuk mencari lebih banyak pelabur ke sesuatu kawasan, kerajaan haruslah terlebih dahulu menyediakan infrastruktur asas yang sepatutnya seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik,” titah baginda.

Titah baginda disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembukaan penggal kelima persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE