Timbalan Perdana Menteri berkata, wujud kekangan dari segi dana kewangan kerajaan terjejas apabila penukaran sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Jadi, apabila ia diluluskan dan diteruskan barulah kita dapat meningkatkan pendapatan sedikit demi sedikit.

“Kita baru 100 hari memerintah, ada masa lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, kerajaan juga akan terus memberi tumpuan terhadap isu berkaitan kanak-kanak di negara ini.

“Jadi, adalah penting untuk menjaga hak dan memberi pelindungan kepada kanak-kanak kerana golongan itulah yang akan membangunkan negara kelak,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai program Sukarela Insentif (Suri), setakat ini, sebanyak 384 suri rumah telah berdaftar untuk program tersebut. - UTUSAN ONLINE