OSMAN SAPIAN
OSMAN SAPIAN

Beliau berkata, bantuan itu adalah satu daripada 10 janji manifesto Pakatan Harapan (PH) Johor untuk ditunaikan dalam tempoh 100 hari mentadbir bagi memenuhi kehendak rakyat negeri berkenaan.

“Bantuan ini secara tidak langsung akan meringankan beban bakal pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan. Insentif ini diberi kepada pasangan yang akan berkahwin untuk kali pertama sahaja,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit), Hahasrin Hashim (BN-Panti) dan Ee Chin Li (PH-Tangkak) yang ingin tahu sejauh mana manifesto kerajaan negeri pimpinan PH sudah ditunaikan setakat ini.

Osman berkata, pasangan yang ingin memohon insentif berkenaan boleh hadir ke Pejabat Kadi Daerah bermula 1 September depan.

“Boleh disimpulkan di sini, kerajaan negeri amat komited dalam memastikan setiap aku janji yang telah dinyatakan menerusi manifesto 100 hari dan lima tahun dapat diterjemah dalam bentuk pelaksanaan dan dinikmati oleh bangsa Johor,” katanya. - BERNAMA