Aktivis politik, Rahmad Isahak berkata,

selain itu keputusan yang dikatakan sebagai keputusan yang dibuat seorang diri oleh Dr. Mahathir itu sebenarnya dilakukan untuk memartabatkan kedudukkan agama Islam disamping menjamin kestabilan, keselamatan dan ketenteraman awam.

Oleh itu katanya, DAP tidak seharusnya berterusan bersikap prejudis terhadap kepimpinan Dr. Mahathir dengan membuat kritikan secara terbuka.

"Ini kerana sebahagian besar dari kerusi Parlimen yang disandang DAP adalah hasil dari sumbangan pengaruh Dr. Mahathir sendiri," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menyuarakan kebimbangannya tentang pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Charles berkata, Dr. Mahathir sering membuat keputusan secara berseorangan dan seolah-olah mahu menunjukkan beliau berkuasa walaupun datang dari parti yang kecil.

Menurut Rahmad persoalan yang timbul sekarang adalah apakah setiap keputusan yang kononnya bersifat kontroversi dengan menggunakan kuasa Perdana Menteri mampu memberi kesan negatif daripada rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

"Atau sebenarnya kepimpinan DAP sudah mula merasakan kesan kehilangan taring parti berkenaan selaku kuasa kedua majoriti dalam kerajaan Pakatan Harapan," katanya. -UTUSAN ONLINE