Rafizi mendapat 363 undi berbanding Mohd Azmin 320 undi dengan majoriti 43 undi.

Bagi jawatan Ketua Cabang PKR, bekas calon Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU -14), Mohd Huzaifah Md. Suhaimi menewaskan bekas calon Dewan Undangan Negeri Air Putih, Zukri Aksah, di samping Alias Abd. Majid dan Ahmad Nazri Mohd Yusof.

Mohd Huzaifah yang mengambil alih tempat Rafizi mendapat 209 undi mengatasi pencabar terdekatnya, Ahmad Nazri yang meraih 196 undi.

“Dengan kemenangan ini saya berharap PKR Cabang Kemaman dapat terus dipacu dengan gerak yang lebih kukuh dan padu.

“Saya berharap semua rakan seperjuangan kembali bersatu semula dan menguatkan lagi parti untuk menghadapi PRU -15,” katanya datang,” katanya di pusat pengundian di Dewan Sivik Gong Limau sebentar tadi.

Menurut beliau, menang dan kalah adat pertandingan, justeru mengajak rakan-rakan yang bersaing dalam pemilihan bersama membina masa depan parti yang lebih cemerlang.- UTUSAN ONLINE