Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menggerakkan usaha kerjasama dengan kementerian lain bagi memastikan kadar pengangguran itu dapat diturunkan di samping memberi pekerjaan yang berkualiti kepada belia.

Dalam masa yang sama, Syed Saddiq berkata, penumpuan kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) juga akan terus diperkasa dan dipacu oleh pemain industri.

"Kita perlu mencari jalan bagaimana untuk memperkasa TVET supaya lebih ramai anak muda berpeluang menceburi bidang ini sekali gus dapat membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

"Hal ini sekali gus dapat menurunkan kadar pengangguran. Kalau negara lain boleh lakukan, kita pun boleh malah boleh buat lebih baik daripada mereka. Kita perlu menghasilkan lebih banyak pekerjaan berkualiti kepada belia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bijak Labur 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE