Menurutnya, selama ini Kayveas dilihat sebagai seorang pemimpin oleh rakyat hanya kerana berada bersama BN.

“Cabarannya ada (walaupun Kayves menarik diri daripada bertanding PRK Parlimen Cameron Highlands) kerana beliau merupakan seorang pemimpin.

“Tetapi pemimpinannya dahulu adalah dalam BN, orang akan melihat beliau seorang pemimpin BN tetapi kini beliau tidak lagi bersama BN, jadi pertimbangan beliau sudah berlainan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata di sini hari ini.

Mohamad mengulas mengenai pengumuman mengejut Kayveas yang menarik diri daripada bertanding dalam PRK Cameron Highlands pada penamaan calon hari ini.

Kayveas yang sebelum ini menawarkan diri sebagai calon Bebas mengumumkan akan menyokong dan membantu kempen untuk Pakatan Harapan (PH).

Mengenai keputusan Kayveas menarik diri daripada bertanding, Mohamad berkata, itu merupakan hak Presiden MyPPP itu.

“Apa yang penting jentera kempen BN mesti bergerak dan bekerja bertungkus lumus untuk mempertahankan kerusi Parlimen ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE