Tinggal kira-kira seminggu lagi baru selesai segala-galanya dan ini bermakna kami petugas media juga perlu berkampung di sini selama dua minggu.

Itu semua alah bisa tegal biasa buat kami yang sanggup meninggalkan anak, isteri serta ibu bapa. Cuma ada sedikit kekesalan dengan layanan seorang wakil jentera parti semasa mereka mengadakan lawatan ke Pos Sinderut.

Apa yang keluar dari mulutnya agak biadab!

Cerita bermula selepas seorang daripada kami hanya meminta sedikit air mineral. Jika tiada tidak mengapa. Tetapi jika jawapannya ‘As a media you should have it,’ (sebagai media awak sepatutnya ada) apa anda rasa?

Harga durian RM70 seguni

IKUT berkempen atau makan durian? Itulah pertanyaan seorang jentera parti yang rambang mata melihat raja buah itu di pasar pagi Kuala Medang semalam.

Malah ada juga yang bersarapan dengan durian di pasar pagi tersebut.

Apa yang mengejutkan, harga buah ini turut ditawarkan dengan semurah RM70 seguni!

Jadi ini ibarat langkah kanan kepada sesiapa yang datang ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai.