Malah khabar angin itu turut mengatakan bahawa Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani sudah menghadap Sultan Kedah bagi mendapatkan restu baginda.

Namun empunya badan hari ini tampil menafikan khabar tersebut.

Johari bagaimanapun tidak menafikan bahawa beliau menghadap Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Sabtu lepas di pejabat baginda di Wisma Darul Aman.

“Ya, saya menghadap baginda Sultan Kedah namun untuk berbincang mengenai semua perkara berkaitan pentadbiran negeri bukan berkaitan jawatan Menteri Besar sahaja.

“Soal Menteri Besar ini jika ada rezeki adalah,” katanya di sini hari ini.

Khabar angin yang tular itu juga mengatakan bahawa Mukhriz akan berpindah ke Persekutuan bagi menggantikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas sebab-sebab kesihatan. - UTUSAN ONLINE